Ikut Kaedah Ini Dengan Betul Campur Air Wiper Dengan Sabun Cuci Pinggan Hasil Lebih Memuaskan

Jika kekotoran yang melekat pada cermin kereta, anda pastinya melihat beberapa jenis pencuci cermin kereta yang dijual khas di kedai aksesori kereta. Ia bertujuan supaya kekotoran itu tidak melekat pada cermin kenderaan anda.

Cara yang biasa digunakan adalah membersihkan debu dan kotoran pada cermin depan kereta adalah menggunakan air wiper yang dipancutkan keluar dari nozel khas atas bonet.

Ia diaktifkan menggunakan tuil tepi stereng yang disekalikan bersama fungsi “wiper”.

Air wiper tersimpan dalam tabung khas (dengan simbol cermin dan air) di sebalik bonet dan perlu diisi jika habis.

Pengisian Semula Air Wiper

Terdapat pemandu sekadar isikan air paip sahaja, dan ada yang mencampurkan air dengan sabun khas yang dibeli dari kedai aksesori kereta.

Namun ada juga yang mencampurkan syampu mandi, malah ada yang ingin jimat, mereka hanya menggunakan sabun pencuci pinggan sahaja.

Dalam hal ini anda perlu tahu tentang teknik pencucian yang betul kerana jika tidak, air wiper boleh mengakibatkan masalah seperti warna cat pudar.

Namun pada bahagian cermin kereta, sabun pencuci pinggan sebenarnya adalah lebih baik berbanding syampu yang sebenarnya mengandungi bahan ki mia yang boleh merosakkan cermin kereta anda.

Asasnya, sabun cuci pinggan mampu menanggalkan kotoran seperti minyak dan ciri-ciri ini baik untuk cermin depan kereta yang sentiasa terde dah kepada persekitaran kotor.

Berapa banyak yang anda perlu gunakan?

Anda tidak perlu meletakkannya dalam kuantiti yang banyak, cukup hanya beberapa titis dan jangan sampai tangki air wiper berbuih kerana ia boleh menyebabkan saluran penyembur tersumbat.

Selain sabun cuci pinggan, bahan atau cecair cuci kaca yang biasa digunakan ketika mengemas rumah juga boleh digunakan.

Namun anda tidak disarankan untuk menggunakan sabun pencuci pinggan di bahagian badan kereta kerana ia boleh menyebabkan hakisan sekaligus warna kereta anda akan pudar dengan cepat.

Pada bahagian kereta pula, anda disarankan menggunakan syampu khas kereta, bukannya sabun baju. Kemudian, bilas dengan bersih dan jangan biarkan kesan sabun tertinggal.

Cuci kereta anda dengan segera jika terkena tar jalan, minyak, getah pokok dan najis burung.

Selain itu, pastikan cucian tersebut bermula daripada bahagian atas ke bawah.

Perkara paling penting yang anda harus ingat adalah Elakkan mencuci kereta di bawah terik matahari sebab kesan sabun akan cepat kering dan meninggalkan kesan pada kereta yang kelihatan bercapuk!














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*