MasyaAllah, Ditonton 11 Juta Kali – Remaja Ini Telah Menjadi Imam Solat Dan Merdu Bacaannya. Semoga Anak-Anak Kita Juga Sepertinya

SETIAP ibubapa pasti mengimpikan anak mereka menjadi orang yang soleh dan mentaati agama. Apatah lagi jika anak mereka dalam usia yang muda boleh menjadi imam kepada jemaah lain. Begitu juga bagi seorang remaja ini yang menjadi inspirasi kepada ramai kanak-kanak apabila videonya telah menjadi viral dan ditonton jutaan orang.

Di dalam video yang dikongsi di laman FB Dakawah Al-Ummah, remaja berkenaan yang bernama Luqmanul Hakim menjadi Imam solat di Masjid Al-Ummah, Banjarmasin, Indonesia. Bacaan ayat-ayat suci dari beliau kedengaran jelas dan terang. MasyaAllah.

Video yang telah dimuatnaik pada Julai tahun lalu, mendapat tontonan sebanyak 11 juta kali dan lebih 6 ribu komen. Lukmanul Hakim adalah siswa SMP di Ponpes Muhammadiyah Al Furqon yang viral di media sosial kerana dianugerahkan suara yang begitu indah.

“Allah berikan suara yang begitu indah kepada Luqmanul Hakim imam muda, dia adalah seorang santri (pelajar pondok)di ponpes Al Furqon kota Banjarmasin. Masya Allah semoga anak ini menjadi contoh bagi kawan-kawan semua. #lukmanulhakim #suaraterindah #imammuda video ini kami rakam di Masjid Al-Ummah Banjarmasin,” tulis kapsyen video tersebut.

Rata-rata netizen memuji bacaan yang yang bukan sahaja merdu malahan sebutannya juga jelas dan terang. Walau bagaimanapun seorang netizen yang berniat baik telah memberi komen yang ada sebutan yang tertinggal di dalam bacaannya dan diharap dapat dia perbaiki di masa akan datang dan untuk kebaikan orang lain. Bagaimanapun, dia tetap memuji suara remaja berkenaan yang merdu.

Semoga menjadi inspirasi buat kanak-kanak lain di luar sana untuk lebih ramai menghafaz Al-Quran dan juga mendalami ilmu Agama. Video Luqmanul Hakim menjadi Imam Solat di bawah ini.

Semoga video ini menjadi dorongan buat ibubapa supaya tidak lupa memberikan anak-anak mereka didikan agama yang cukup supaya anak-anak mereka menjadi orang soleh dan diredhai Allah S.W.T. Semoga lebih ramai Luqmanul Hakim yang lahir selepas ini. Amin Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Youtube / dakwah al-ummah














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*