Lelaki berang, pec4hkan cermin kereta guna t0pi keledar

Polis menahan seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian pada 3.25 petang itu berpunca daripada perselisihan faham antara penunggang motosikal berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun.

“Punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.

“Suspek juga memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Zaharudin, suspek yang ditahan pihak polis kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan di hospital.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam video berdurasi selama satu minit 38 saat itu menunjukkan seorang lelaki berang dengan memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik seorang wanita di Pekan Parit Jawa , Muar.

Sumber: hm
















Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*