‘Nampak api kil4t terkena arwah’ – Lelaki mavt dipan4h petir

BAGAN SERAI – “Aku lewat sikit, patah balik sat ambil handset tertinggal, mana tau jadi apa-apa kat aku nanti.” Demikian kata-kata Allahyarham Mohd Isa Abdul Rani, 50, kepada rakannya, Hairul Hafizi Ismail, 44.

Dalam kejadian jam 3.30 petang tadi, Mohd Isa maut dipanah petir ketika melakukan kerja memotong rumput di Kebun Durian di Bukit Limau, Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baru, Kedah.

Hairul Hafizi berkata, sebelum mereka mula bekerja, Allahyarham menghubunginya memberitahu dia lewat sedikit kerana terpaksa berpatah balik ke rumah di Taman Serai Permai kerana tertinggal telefon bimbit.

“Saya tak sangka pesanan sesuatu akan terjadi ke atas dirinya itu petanda dia meninggalkan kami,” katanya ditemui di Parit Abu Hassan, malam itu.

Menurutnya, dalam kejadian itu, dia bersama Allahyarham dan dua lagi rakan berhenti memotong rumput kerana hujan lebat.

“Arwah bersendirian berteduh manakala kami bertiga berada di pondok berdekatan dengan jarak hanya tiga meter. Tiba-tiba kilat menyambar pokok durian di kawasan arwah berteduh dan percikan api kilat terkena pada arwah yang sedang berbaring.

“Melihat arwah tidak bergerak, kami memanggil namanya berkali-kali namun tiada tindak balas. Sebaik dihampiri, kami melihat arwah dalam keadaan tercungap-cungap dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, mereka segera menghubungi penyelia memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan anggota polis dan bomba tiba di lokasi dan membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

“Bagaimanapun kami difahamkan arwah meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Sementara itu, anak sulung mangsa, Nurul Natasha, 20, berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh rakan bapanya melalui panggilan telefon.

“Pemergian ayah amat dirasai kerana ayah tidak sempat melihat saya menamatkan pengajian di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, tahun ini.

“Adik Muhammad Amirul Aiman, 18, juga dapat menyambung pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Pulau Pinang pada Januari depan,” katanya.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Al Ridzuan, Alor Pongsu pada jam 10 pagi.

Sumber: hmetro














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*