Redha suami mavt digilis l0ri, wanita sar4t hamil ini janji besarkan anak-anak dgn sebaiknya

Seorang wanita reda atas pemergian suaminya Ahmad Sofwatullah Shahrin yang meninggal dunia dipercayai digilis sebuah lori di Kilometer 18.3 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Petaling Jaya.

Menerusi laman Facebook, Malihah Abdul Halim meluahkan rasa syukur apabila urusan pengebumian arwah suaminya yang berusia 29 tahun itu berjalan dengan lancar malam itu.

Meskipun perit bagi menerima kenyataan, namun ibu kepada dua cahaya mata itu bersyukur mempunyai ahli keluarga serta mentua yang baik hati menjadikan dirinya kekal tenang bagi menghadapi ujian tersebut.

Tambah kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, dia berjanji akan menjaga zuriat mereka sebaiknya dengan penuh kasih sayang seperti yang dilakukan arwah ketika hayatnya.

“Terima kasih Allah meminjamkan seorang suami yang sangat penyayang selama 5 tahun lebih. Saya menjadi saksi bahawa abang seorang suami yang sangat bertanggungjawab, tidak pernah mengabaikan keluarga walau sedikit pun,” luahnya.

Selain itu, pengguna Facebook bernama Najmi Farisham ada berkongsi sebuah posting yang memohon saksi kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan.

Menurut posting itu lagi, difahamkan Allahyarham Ahmad Sofwatullah turut meninggalkan bayi dalam kandungan isterinya yang kini sedang hamil.

“Sahabat kami meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak kecil dengan seorang daripadanya masih di dalam kandungan.

“Tiada lagi gelak tawa dan gurau dari arwah kepada isteri dan anak anak. Tiada lagi tempat untuk keluarganya berteduh kasih dari seorang suami dan ayah,” katanya.

Terdahulu memetik laporan Harian Metro, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal bergesel dengan sebuah lori menyebabkan terjatuh lalu digilis kenderaan tersebut.

Sumber: hm














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*