‘Pilu’- Warga emas OKU lem4s dalam sawah trtindih motosikal roda tiga

Wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) lemas selepas motosikal beroda tiga ditunggangnya terbabas ke sawah ketika keluar dari rumahnya di Jalan Tar Mini, Taman Guar Halban, Jejawi dekat sini, 10.30 pagi.

Leha Matt, 82, dari Kampung Alor Lancang, Jejawi ditemui orang ramai dalam keadaan badannya ditindih motosikal terbabit.

Difahamkan, mangsa sedang dalam perjalanan ke sebuah pusat pengajian agama bagi menghadiri kuliah Jumaat di Jalan Mata Ayer.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke sawah.

“Kejadian berlaku ketika hujan selain permukaan jalan licin, ia menyebabkan mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya dihubungi. Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (1987).

Sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*