Alhamdulillah, Hidayah Milik Allah “Satu Keluarga Cina Masuk Islam Di Rawang”

Takbir! Satu Keluarga Cina Masuk Islam Di Rawang.

Percaya atau tidak, hidayah itu datang tanpa diduga dan paksaan dari sesiapa. Jikalau kita sudah dipilih-NYA sebagai insan bertuah yang bakal menerima hidayah tersebut, maka terimalah dengan hati terbuka seperti kisah di bawah.

Baru-baru ini, sebuah keluarga bukan Islam membuat keputusan untuk memeluk Islam di kelas Fardhu Ain Bandar Baru Rawang bahasa Cina sekitar jam 10.30pm selepas sekian lama berniat untuk berbuat demikian.

Saudara Leong dan anak beliau dilihat diberi keterangan dalam bahasa cina sebelum mereka bertiga mengucap Kalimah Syahadah.

Mereka sepakat memeluk agama islam seperti status yang dimuatnaik oleh sebuah laman Facebook komuniti Mualaf Rawang.

Hidayah Itu Milik Allah

Surah Al-Anaam, ayat 125:

فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Maka, sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

Semoga sama-sama beroleh manfaat.

Sumber: Real Merah














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*