Perodua Myvi atau lebih dikenali dengan nama lainnya iaitu ‘King’ merupakan antara kenderaan yang paling mendapat jolokan dalam kalangan netizen Malaysia.
Mungkin kerana kekebalan kend eraan itu yang serba boleh dan sentiasa ‘menang’ dalam apa jua situasi yang terjadi.
Berebut nak naik jambatan
Namun, menerusi sorotan video yang tular di media sosial ketika ini orang ramai sepertinya puas hati selepas akhirnya King tewas sewaktu ‘berlawan’ dengan lori balak.
Dalam video berdurasi 13 saat yang dirakam dengan dashcam menyaksikan cubaan Myvi berwarna putih memotong sebuah kenderaan berat yang membawa kayu balak.
Hal itu adalah kerana berebut ingin melalui jambatan kecil yang hanya dimuatkan untuk sebuah kenderaan sahaja.
Cubaan ‘sondol’ gagal
Walaubagaiamanapun, cubaannya bertemu kegagalan apabila lori balak itu menghimpit Myvi berkenaan sebelum menambah had laju meninggalkan kereta itu.
“King tak ada luck hari ni”
Menjengah ke rua ngan komen, rata-ratanya sep erti bersorak meraikan kekalahan ‘king’ buat pertama kalinya selain meminta agar pemandu kenderaan itu lebih berhati-hati dengan tindakannya seperti menempah bahaya.
Sumber: Sukan Star TV Via Redaksi
Leave a Reply