‘Pilu’- Kakitangn bank mavt trkena renj4tan elektrik depan mata ibu

Seorang kakitangan bank maut selepas terkena renjatan elektrik di garaj kereta hadapan rumahnya di Kampung Paya Kechik di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Isyraf Muhammad, 41, disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, hasil temubual awal dengan keluarga, kejadian berlaku semasa mangsa sedang memerhatikan keadaan air hujan dan banjir di halaman rumahnya.

“Ketika kejadian mangsa telah memegang tiang besi hadapan rumah terbabit.

“Secara tiba-tiba ibunya ternampak anaknya telah terkena renjatan arus elektrik dan cuba membantu tetapi dalam masa sama, ibunya terpelanting ke belakang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa seterusnya dibawa ke klinik untuk rawatan dan telah disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat manakala ibunya turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan dan keadaannya tidak membimbangkan.

“Hasil pemeriksaan luaran tubuh si mati telah dibuat bersama petugas bahagian forensik mendapati tiada terdapat sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya.

Menurutnya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dihubungi untuk menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca arus elektrik berkenaan.

“Kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*