Seorang jururawat masyarakat Hospital Seberang Jaya meninggal dunia akibat kanser payudara.
Menerusi perkongsian di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Allahjyarhamah Nurulainee Khalid menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.11 pagi.
“Dukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah kehilangan seorang warga kerja berwibawa, permata yang menyumbang bakti penuh hemah di fasiliti JKNPP.
Pihak JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak JKNPP.
Sementara itu, pemergian Nurulainee turut ditangisi rakan-rakan terdekatnya.
Mereka menyifatkan Allahyarhamah seorang yang lemah lembut dan sopan dalam pertuturannya.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Leave a Reply