Subhanallah!! Permaidani Di Masjidil Haram Sentiasa Berbau Harum Seperti Bunga Mawar.. Siapa Sangka Rupa-rupanya.. | Percaya atau tidak, sekitar 30,000 permaidani hijau dibentang di Masjidil Haram dan kawasan sekitar dengan panjangnya secara terkumpul boleh menjangkau hampir 100 kilometer!
RIYADH – Percaya atau tidak, sekitar 30,000 permaidani hijau dibentang di Masjidil Haram dan kawasan sekitar dengan panjangnya secara terkumpul boleh menjangkau hampir 100 kilometer!
Penjaga dua Masjid Suci umat Islam itu, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memang menumpukan perhatian khusus kepada permaidani berbau seharum bunga mawar supaya jemaah boleh menunaikan solat dalam suasana selesa.
Malahan ada sebuah jabatan yang dikhususkan dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan segala kerja pembersihan permaidani.
Sebanyak lima fasa pembersihan dilakukan setiap hari di sebuah gudang khas di Makkah.
Portal tempatan Al Arabiya melaporkan, pada fasa pertama, habuk dan kotoran dibersih dengan menggunakan mesin canggih. Permaidani itu kemudian dicuci dengan sabun dan bahan penghapus jangkitan pada fasa kedua.
Malah ia dibersih dengan sebuah mesin canggih yang tidak memerlukan tenaga manusia untuk beroperasi. Selepas itu, permaidani dibilas dan diletak di atas sebuah ‘jambatan’ bergerak sebelum ia bersiap sedia melalui fasa ketiga.
Ia kemudian dikeringkan secara automatik pada kelajuan tiga permaidani bagi setiap seminit setengah. Pekerja akan mengambil permaidani yang sudah dikering dan menjemurnya di bawah terik matahari seharian pada musim panas.
Bagaimanapun jika musim sejuk, proses ini mengambil masa dua hari. Dalam fasa terakhir, setiap permaidani akan dibersihkan sekali lagi dengan lebih teliti tetapi menggunakan penyapu sahaja bagi memastikan tiada lagi habuk.
Akhir sekali, sebagai tanda berakhirnya proses pembersihan itu, permaidani akan disembur dengan wangian berbau bunga mawar, jelas penyelia gudang dan proses cuci permaidani, Mohammed Al-Otaini kepada Al Arabiya.
Gudang moden tersebut ujar beliau, mampu menerima sebanyak 200 permaidani setiap hari dengan ia disusun, diproses dan disenggara dari semasa ke semasa oleh pekerja yang sudah dilatih khas.
PEMBERSIHAN, PENYENGGARAAN & SEMBURAN BUNGA MAWAR
ARAB SAUDI: Percaya atau tidak, sekitar 30,000 permaidani hijau dibentang di Makkah dan Masjidil Haram, panjangnya secara terkumpul menjangkau hampir 100 kilometer
Penjaga kedua-dua Masjid Suci itu, Raja Salman, menumpukan perhatian khusus kepada permaidani-permaidani yang berbau seharum bunga mawar supaya para jemaah boleh menunaikan solat dalam sekitaran yang menyenangkan dan selesa.
PENGHAPUSAN HABUK DAN PEMBERSIHAN
Terdapat sebuah jabatan yang dikhaskan dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan permaidani tersebut. Sebanyak lima fasa pembersihan dilakukan setiap hari di sebuah gudang.
Pada fasa pertama, habuk dan kotoran dibersihkan menggunakan mesin canggih, lapor Al Arabiya.
Permaidani-permaidani kemudian dicuci dengan sabun dan bahan penghapus jangkitan pada fasa kedua, dengan sebuah mesin yang tidak memerlukan tenaga manusia untuk beroperasi.
Selepas itu, permaidani dibilas dan diletakkan di atas sebuah ‘jambatan’ bergerak di mana ia bersiap sedia untuk melalui fasa ketiga.
Ia kemudian dikeringkan secara automatik pada kelajuan tiga permaidani bagi setiap seminit setengah, menurut Al Arabiya.
Para pekerja akan mengambil permaidani yang sudah dikeringkan dan menjemurnya di bawah terik matahari seharian pada musim panas dan dua hari sekiranya ia musim sejuk.
Dalam fasa terakhir, permaidani-permaidani dibersihkan sekali lagi dengan lebih teliti menggunakan penyapu bagi memastikan tiada lagi habuk.
Akhir sekali, sebagai tanda berakhirnya proses pembersihan itu, permaidani akan disembur dengan wangian bunga mawar.
Penyelia gudang dan proses mencuci permaidani, Mohammed Al-Otaini, berkata gudangnya menerima sebanyak 200 permaidani setiap hari.
Ia disusun, diproses dan disenggara dari semasa ke semasa oleh para pekerja yang sudah dilatih, lapor laman Al Arabiya.
Leave a Reply