Gel4ndangan Berhati Mulia, Sanggup Berlapar Untuk Beli Makanan Kepada Kucing Jalanan
Kehidupan di dunia ini dikongsi dengan pelbagai makhluk ciptaan Allah SWT. Antara yang hidup bersama-sama kita ialah haiwan. Mereka juga memerlukan kasih sayang. Kasih sayang yang tercipta di antara manusia dan haiwan peliharaan adalah sesuatu yang indah, kerana ikatan yang terbentuk di antara mereka lahir daripada hati yang penuh ihsan.
Begitu juga dengan seorang pengemis di Thailand ini, kasihnya terhadap kesemua kucing-kucingnya telah menarik perhatian netizen di media sosial. Kisah pengemis tersebut menjadi tular apabila seorang wanita telah membuat satu perkongsian mengenainya di Facebook.
Menurut wanita tersebut, ketika dia di dalam perjalanan ke stesen keretapi, secara kebetulan dia terserempak dengan peng3mis itu yang sedang menjual limau di jambatan.
Selepas dia membaca papan tanda yang dibawa pengemis itu yang menggelarkan diri sebagai Loong, rupanya tujuan dia berjual di situ adalah untuk membeli makanan buat kucing jalanan.
Kita tidak sepatutnya mengadili seseorang berdasarkan rupa, ambil Loong sebagai contoh. Walaupun tidak berumah dan kelihatan k4sar, tetapi dia mempunyai hati yang besar…
Menurut Loong, tujuan dia memberi makan kepada kucing terbiar kerana dia beranggap kucing itu lebih memerlukan makanan dan kucing-kucing itu merupakan sebahagian dari keluarganya. Tidak mengapa jika saya tidak makan, tetapi kucing-kucing ini perlu makan. Walaupun nasibnya tidak sebaik seperti insan lain, tetapi hatinya sangat mulia. SubhanAllah.
Sumber: bawangranjers
Leave a Reply