‘Pilu’- 48 jam brgelar tunangan orang, bakal suami k0ma dil4nggar lari

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sejak kebelakangan ini, semakin kerap kita dengar kes langgar lari melibatkan penunggang motosikal. Baru-baru, seorang lelaki koma selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar lari oleh individu tidak dikenali.

Mangsa, Zul Iskandar Mazlan dipercayai dilanggar berhampiran kawasan tol Simpang Pulai, Ipoh pada 5 November yang lalu. Dia kini sedang menerima rawatan di hospital dan masih belum sedarkan diri.

Lebih menyayat hati, Zul dikatakan baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya.

Tunang Zul yang dikenali sebagai Nur Faisha telah memuat naik gambar detik-detik manis majlis pertunangan mereka di media sosial tanpa menyangka ia bakal bertukar kepada air mata dua hari selepas majlis berlangsung.

Dalam satu tweet yang lain, Nur Faisha memohon supaya netizen mendoakan keselamatan dan kesejahteraan tunangnya yang dalam fasa kritikal.

Munurut Faisha, doktor telah melakukan beberapa pembedahan bagi membuang darah beku di kepala tunangnya.

INAI DITANGAN BELUM HILANG..

Tunang kepada lelaki itu turut memuat naik insta story tentang kesedihannya. Beberapa rakan dan kenalan mereka juga turut meluahkan rasa terkejut dan sedih atas apa yang berlaku.

Rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang terjadi dan mendoakan keselamatan lelaki tersebut. Netizen juga diminta membantu jika mengetahu apa-apa informasi berkenaan kes tersebut.

Sumber: Twitter Faishaa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*