Anak kecil meratap sayu sebelah jenaz4h ibu sentuh hati netizen

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Foto seorang kanak-kanak lelaki sedang menangis teresak-esak di sebelah jenazah ibunya telah tular sejak semalam.

Menerusi laporan Makasar Info, ibu kanak-kanak itu maut dipercayai dilanggar lari ketika sedang mencari rezeki sebagai tukang sapu di Pantai Losari, Makassar.

Situasi meruntun hati yang dirakam pada 8 Ogos lalu benar-benar merentap hati netizen.

Walaupun berlaku di Indonesia, kisah tersebut tular sehingga ke negara luar termasuk Malaysia.

Sumber memberitahu, ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Lina sering membawa anaknya semasa bekerja.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Difahamkan, jenazah Lina telah selamat dikebumikan di kampung halamannya dan arwah meninggalkan dua anak yang maish kecil.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*