‘Tidur awal, esok adik datang kejut..’ – Pesanan anak ziarah pusara ayah bikin sebak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ziarah kubur adalah antara aktiviti yang tidak dibenarkan ketika ini.

Bagi seorang kanak-kanak perempuan ini, dia sempat meluangkan masa bagi menziarahi kubur arwah bapa dan neneknya bagi melepaskan rindu yang terpendam.

Momen kanak-kanak itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun TikTok @idazaini._ sehingga tular dalam platform berkenaan yang menyentuh sanubari orang ramai.

Rakaman berdurasi 29 saat itu memaparkan kanak-kanak tersebut yang sopan bertudung menitipkan ‘pesanan’ buat kedua-dua Allahyarham dan mencium batu nisan sebelum menaburkan bunga di atas pusara berkenaan.

“Tidur awal-awal tau. Nanti adik bangun, adik pergi kubur ayah. Adik sayang nenek. Tidur awal-awal yer, esok adik datang kejut nenek,” katanya.

Posting video tersebut meraih 244,000 tontonan dan hampir 700 komen warganet yang memberikan pelbagai reaksi dimana rata-rata turut sebak melihat ketabahan seorang anak kecil yang telah kehilangan dua insan tersayang.

Tidak dinafikan, ketika ini macam-macam emosi yang dihadapi oleh segelintir individu. Apatah lagi selepas tengok video macam ni, mudah terasa sebak! Moga kita kekal positif, semua yang berlaku ada hikmahnya.

Sumber: TikTok @idazaini._

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*