Hebat anak muda ni, dpt elaun belajar di kolej RM400 tapi hantar RM300 utk ibu di kg

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Subhanallah, jarang-jarang sangat sekarang ni dapat dengar kisah anak yang sangat memuliakan dan mengutamakan ibu lebih daripada keperluan diri sendiri. Perkongsian drpd aktivis sosial tersohor negara membuktikan bahawwa ‘spesis’ ini masih belum pupus sepenuhnya dari bumi Malaysia!

Tahniah nak! Percayalah bahawa seseorang anak yang memuliakan dan mengutamakan ibu daripada diri sendiri adalah umpama ‘pasport’ untuk jalan pintas mendakap sebuah kejayaan. Pasti ibumu sangat berbangga dan bersyukur memiliki anak sepertimu nak… Terima kasih kerana mendidik kami secara tak langsung…

Uncle Kentang wrote…

Anak Permatang pauh. Sanggup berlapar, mak didahulukan… Hebat anak Melayu ni yg sedang belajar di Kolej Vokasional, Semenyih. Anak soleh. Putus makanan. Sedang mengaji vokesional. Dapat elaun RM 400 sebulan. Kirim balik kampung bagi mak RM 300. Sendiri ada tinggal RM 100 sahaja.

Kata beliau, mak di kampung lebih memerlukan. Anak macam ini memang patut aku tabik habis.
Semoga mu berjaya dunia akhirat. Sanggup berlapar asal dapat kirim wang balik kampung. Bijak, beliau dan rakan mohon makanan dari kami.

Sumber: Kuan Chee Heng

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*