Beliau OK U tetapi mampu beli kereta CASH, bagi mak RM 1K sebulan dan belanja pelajar Tahfiz makan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kisah walaupun OK U mampu beli kereta baru cash, rumah cash, setiap bulan masuk duit kepada mak RM1000, setiap bulan belanja makan kepada ratusan pelajar tahfiz. Semalam beliau beli KFC untuk 50 orang pelajar. Setiap bulan beliau berjaya simpan ASB 1k-4k. Semalam depan mata saya beliau masukkan RM4 ribu untuk ASB.

10 ilmu beliau kongsi…

Pertama – Niat kerana ALLAH…

kata beliau. Melangkah sahaja keluar rumah jangan lupa niat… Berniatlah bersungguh-sungguh bahawa kita keluar rumah untuk mencari rezeki kerana Allah. Bisikkan ke dalam hati ‘ Ya Allah aku mencari rezeki kerana MU, kerana redha mu, kerana Agama-Mu…’

Kedua – Buang sikap MALU, MERUNGUT & T4KUT

Nak berjaya buang sikap Malu, suka merungut, perasaan takut. Takut rugilah, takut tak lakulah. Malu nanti orang marah, malu tak pandai cakaplah. Selalu merungut. Aku OK U mana boleh buat kerja, aku tak pandai mana boleh meniaga, aku tak boleh berdiri lama mana boleh meniaga tepi jalan. Buang semua perasaan ini dan buang semua sangkaan nega tif dalam fikiran kita.

Ketiga – Buang sikap MALAS

Buang sikap MALAS. Malas ini sampai satu tahap dalam ibadah pun malas. Apatah lagi nak berusaha untuk berjaya dalam perniagaan atau dalam hidup. Sebab orang malas ini suka bergantung harap kepada makhluk, bukan kepada Allah.

Keempat – Kena suka BELANJA ORANG LAIN MAKAN.

Jika di kedai makan, jangan tinggal kaunter selagi kita tidak bayar untuk salah satu meja dalam kedai makan tersebut. Seterusnya belum dapat untung meniaga atau belum dapat gaji lagi dah rancang bulan ini nak hantar makanan ke pusat tahfiz, nak belanja ahli keluarga makan, nak sedekah masjid yang memerlukan dana. Semua dari awal dah rancang untuk sedekah.

Kelima – Halalkan HUTANG

Halalkan semua duit orang yang berhutang dengan kita yang dah bertahun tahun taknak bayar dan bermacam alasan nak bayar. Part ini saya tanya walaupun banyak? Ya walaupun banyak. Sebab Allah akan beri ganti yang lebih besar dari itu.

Cukup 5 saya kongsi. 5 lagi saya nak practice baru saya kongsi untuk masa akan datang. Walaupun kurang anggota bukan alasan untuk kita tidak berjaya, tidak bekerja. Selagi ada akal, bermakna selagi itulah kita mampu jana pendapatan dan idea.

Moga tuan puan dapat manfaat.

Sumber: Muhammad Hassan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*