Kebanyakkan Sushi Sebenarnya Tidak Hal4l ? Baca Selanjutnya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Hari tu saya ada chatting dengan seorang bekas Chef Masakan Jepun. Kebetulan tengah present kat dia design Logo Budget saya.

Beliau pernah kerja kat Suntory Japanese Cuisine..dekat Hilton Hotel Jln Tun Ismail KL… Chef ni pernah juga kerja kat Tokyo Restoran bangunan Amanah Capital Jln Raja Chulan..restoran ni dah tutup skrng.

Juga pernah kerja kat Awana Kijal Resort, Restoran Korean New Ang Kok Kwan & Sakana Ei. Antara benda yang beliau bocorkan kat saya adalah hampir semua hidangan sushi yg mengekalkan originality standard sushi adalah ha ram dimakan…

Saya yg peminat tegar Sushi King ni terperanjat setan la kan. Memang saya tahu bahawa Sushi King ni belum dapat sijil hal4l. Alasannya kerna terlalu banyak supplier jadi susah nk dapatkan pengesahan ha lal daripada semua supplier.

So saya berbaik sangka lah kat Sushi King tapi bila Chef yg dah otai dalam menyediakan kuliner Jepun sendiri yang bocorkan yg kebanyakan sushi ni tak ha lal, saya jadi tak mampu berbaik sangka lagi. Nak tahu kenapa?

Ok. Kata chef ni :

Pertama : Nasi kepal sushi rasa masam-masam sikit kan? Sebenarnya nasi tu,bila dah masak,mereka akan gaul sedikit cuka dan mirin (4% alko h0l)

Kedua : Belut (unagi) tu pula dimasak dgn soy sos + sake (40% alko h0l)

Ketiga : Lagi malang klu mkn kat restoran yang betul-betul punya asli makanan Jepun ni..lepas mkn mereka hidang pencuci mulut ,agar2 dan buah. Agar2 tu di campur dgn jus oren wisky.

Keempat : Saya tanya Chef ni. Betul ke terjadi pembaziran air masa nak buat nasi sushi ni. Beliau bagitahu beras California memang kena running water semalaman sbb beras tu sticky.

Dia bagitahu lagi, bbi mereka tak guna tapi mereka banyak guna ar4k dalam penyediaan makanan mereka.

Chef ni pernah cuba tukar resipi menggunakan bahan yang ha lal 100% tapi katanya banyak customer yang merungut sebab rasanya tak sama dengan sushi yang asli. Alhamdulillah Chef ni dah taubat dan dah berhenti jadi Chef makanan Jepun.

Beliau tak sanggup dah bersub4hat dengan owner restoran untuk buat menu har4m ni. P/s : Ini bukan cerita rekaan.

Minta tolong sangat-sangat viralkan supaya banyak orang Islam terselamat daripada sushi yang tidak ha lal.

Sumber: mediadakwah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*