Walaupun Bukan Muslim Tetapi Cikgu Cheah Tetap Membersihkan Telekung Di Surau-Surau Awam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Surau-surau awam merupakan tempat yang semestinya sentiasa dikunjungi oleh orang islam untuk menunaikan sembahyang. Kebanyakan surau awam juga menyediakan telekung sebagai kemudahan kepada pengunjung wanita.

Namun kita tidak pasti bagaimana tahap kebersihan telekung tersebut kerana ianya pasti telah diguna berulang kali. Perlu ada orang individu atau pihak yang harus mengambil tanggungjawab untuk mencuci telekung tersebut.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Raja Shamri telah berkongsi satu hantaran di laman facebook mengenai seorang guru berbangsa Cina yang dikenali sebagai teacher Cheah Li Na.

Apa yang menarik tentang hantaran tersebut, biarpun teacher Cheah bukan beragama Islam namun itu tidak menghalang beliau untuk melakukan amal kebaikan seperti cuci telekung di surau awam, iron, lipat dan hantar balik ke surau.

Teacher Cheah merupakan salah seorang sukarelawan thirdforce Perak dan beliau banyak menyertai aktiviti-aktiviti sukarelawan di Perak.

Tindakan guru tersebut sewajarnya menjadi contoh kepada sesiapa sahaja tanpa mengira siapa pun dia.

Dalam hantaran itu juga, lelaki tersebut menyatakan wanita itu juga merupakan seorang yang suka dengan kucing. Malah, beliau sering terlibat dalam aktiviti menyelamatkan kucing-kucing gelandangan dan kucing yang sakit.

Wow! Memang betul-betul menginspirasikan. Terima kasih teacher Cheah!

Apa kata anda, jangan lupa like, komen dan share.

Sumber: Facebook Raja Shamri via syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*