Pintu Syurga Terbuka Dengan 5 Amalan Ini, Apakah Amalan Itu?

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tentu ingin masuk syurga dan bertemu langsung dengan Allah, Kekasih yang selama ini dicintai dan dirindukan. Sudah pasti, yang boleh masuk ke dalam syurga dan bertemu dengan Allah, adalah orang-orang pilihan yang selama hidupnya di dunia menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya secara sungguh-sungguh.

Tetapi, orang yang sudah mengerjakan segala perintah dan menjauhi larangan-Nya, jangan semerta-merta merasa mempunyai amalan kebaikan yang banyak dan lantas layak untuk masuk syurga. Pemberian tiket ke syurga adalah hak prerogratif Allah. Dia yang Maha Menentukan, yang Maha Menimbang. Muslim dan muslimah yang baik harus selalu rendah hati dan takut kepada Allah, bahkan atas kesombongannya sendiri yang barangkali terselit di dalam hatinya tanpa disedari. Bukankah amalan itu bergantung pada niatnya, kata Nabi?

Walaupun kita sering melakukan amalan kebaikan yang “besar”, tetapi niat kita keliru, apalagi hanya sekadar pengimejan, maka di sisi Allah, amalan kebaikan itu boleh tak ada artinya sama sekali. Di era masyarakat tontotan¬† seperti sekarang ini, segala amalan kebaikan memang mudah tergelincir menjadi sekadar tontotan yang riya .

Sebaliknya, justru ketika kita melakukan amalan kebaikan yang “ringan”, yang barangkali selama ini sering dianggap remeh, jika dilakukan dengan niat yang benar semata-mata kerana Allah, boleh menjadi sangat mulia dan bernilai di sisi Allah. Walaupun tanpa ada cahaya kamera yang menyerlahkannya. Sungguh, amalan kebaikan yang remeh tersebut dijanjikan boleh membuka pintu syurga-Nya. Mari ketuk pintu-pintu syurga dengan beberapa amalan yang selama ini dianggap ringan dan remeh tersebut, berikut ini:

1. Memberi Minum Binatang

Jangankan memberi minum binatang. Kita saat ini rasanya sudah banyak yang tak peduli pada binatang. Padahal, memberi minum binatang ini menjadi salah satu amalan kebaikan yang dapat menghantarkan seseorang ke dalam surganya Allah.

Masih ingatkah dengan cerita Rasullullah saat menceritakan seorang laki-laki yang memberi minum seekor anjing sehingga kemudian Allah mengampuni dosa-dosa laki-laki itu dan memasukkannya ke dalam syurga? Iya, dalam hadis yang diriwayahkan Bukhari dan Muslim, diceritakan dari Abu Hurairah,

Rasullullah SAW bersabda:

Ketika sedang melakukan perjalanan, seorang laki-laki merasa haus, lalu ia menuju ke sebuah perigi dan minum air.

Setelah ia keluar, ternyata ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya dan memakan pasir kerana kehausan. Lelaki itu merungut ‘Anjing ini telah merasa kehausan seperti yang telah aku rasakan’. Ia pun kembali ke sumur dan memenuhi sepatunya dengan air, lalu memberi minum anjing tersebut. Maka Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni segala dosanya. Mereka (para sahabat) bertanya: Wahai Rasullullah, apakah kita akan mendapat pahala dengan memberi minum binatang? Beliau menjawab: ‘Pada setiap limpa yang basah, terdapat pahala’ .

2. Menyingkirkan Gangguan dari Jalan

Jika kita sedang berjalan, entah itu naik kenderaan atau jalan kaki, dan kita mendapati rintangan di jalan berupa batu yang tergeletak di tengah jalan, buluh yang menghalang, atau mungkin kulit pisang yang dibuang sembarangan, lantas kemudian secara spontan kita menyingkirkan rintangan tersebut. Maka, ia akan dicatat sebagai amalan kebaikan di sisi Allah.

Rasulullah bersabda:

Barang siapa menyingkirkan gangguan dari jalan kaum muslimin, maka akan dicatat untuknya satu kebaikan, maka ia akan masuk syurga” (HR. Bukhari)

3. Menjenguk Orang Sakit

Sesibuk-sibuk apapun kita, sempatkanlah untuk menjenguk saudara, teman, dan rakan sekerja kita yang sedang sakit. Selain merupakan “panggilan kemanusiaan”, amalan kebaikan ini dicatat sebagai pahala yang tinggi di sisi Allah. Allah menjanjikan mereka yang menjenguk orang-orang sakit, kedudukan yang mulia di Syurga-Nya kelak.

Rasulullah bersabda:

Barang siapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka malaikat berseru: ‘Engkau adalah orang yang baik, langkahmu adalah langkah yang baik, dan engkau telah mendapatkan suatu kedudukan di syurga.(HR Tirmidzi dari Abu Hurairah, ra )

4. Senyum dan Ceria

Menebar senyum dan salam pada semua orang merupakan sebuah kebajikan yang dijanjikan ganjaran pahala dan syurga oleh Allah. Oleh sebab itu, muslim dan muslimah yang baik harus mengembangkan sikap yang ramah dan penuh ceria terhadap orang lain, sehingga Islam juga benar-benar dirasakan membawa rahmat bagi semua. “Kebaikan akhlak adalah keceriaan wajah dan menjauhi amarah,” kata Rasulullah.

5. Menutup Aib Orang Lain

Dalam Islam, Allah sangat membenci ghibah. Orang yang bergaul bebas tentang keburukan saudaranya sendiri, dianggap sama dengan memakai bangkai saudaranya tersebut. Menahan diri untuk tidak bergaul bebas dan menutup aib orang lain sangat dianjurkan bagi seorang muslim dan muslimah. Amalan kebaikan ini dijanjikan ganjaran syurga oleh Allah.

Rasulullah bersabda:

Tidaklah seorang hamba menutup aib seorang hamba di dunia, melainkan Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat. (H.R. Muslim)

Demikian beberapa amalan kebaikan yang barangkali selama ini dipandang ringan dan remeh, tetapi boleh mengetuk dan membuka pintu syurga kerana redha dan iradah Allah. Tentu masih banyak amalan kebaikan yang lain, yang tak mungkin dibincangkan di sini satu persatu. Semoga Allah selalu membersihkan hati dan meluruskan niat kita. Aamiin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*