Ikut Ajaran Rasulullah, Hati Lebih Terbuka Dan Berasa Tenang. Kongsikan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

11 Cara Menjadi Insan Yang Menyenangkan yang Diajarkan Rasulullah

1 Wajah Yang Selalu Ceria

Rasulullah sentiasa berwajah ceria, baginda pernah besabda:

Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta.

— Abu Dawud

2 Senyuman Ikhlas

Rasulullah sentiasa tersenyum manis dan ini sangat menyenangkan sesiapa yang melihatnya.

Senyuman adalah sedekah, senyuman yang ikhlas memiliki daya sentuhan yang dalam ke lubuk hati sesiapapun, senyum adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia yang mencintai kebaikan.

3 Kata-kata Yang Sopan dan Lembut

Pilihlah kata-kata yang paling sopan dan sampaikan dengan cara yang lembut, kerana sikap seperti itulah yang dilakukan Rasulullah, ketika berbincang dengan para sahabatnya, sehingga wujud suasana yang menyenangkan.

4 Senang Menyapa dan Mengucapkan Salam

Selalu menjadi orang yang memulakan dalam menyapa dan mengucapkan salam.

Jabatlah tangan kawan kita penuh dengan kehangatan dan lepaskanlah tangan sesudah dilepaskan oleh orang lain, kerana demikianlah yang dicontohkan Rasulullah.

Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh perhatian.

5 Bersikap Sopan dan Menghormati Orang Lain

Rasulullah jika berbincang dengan para sahabatnya selalu menghormati dengan cara memberi perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya melawak, dan ikut merasa takjub ketika sahabatnya bercerita perkara yang mempesona, sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh Rasulullah.

6 Memberi Pujian Terhadap Orang Lain

Pujilah dengan ikhlas dan jujur terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil kita mengaitkan dengan kebesaran Allah sehingga yang dipuji teringat akan asal nikmat yang diraihnya, menyatakan terima kasih dan do’a.

Hal ini akan membuatkannya merasa bahagia. Dan ingat jangan pernah kedekut untuk berterima kasih.

7 Penampilan Yang Menyenangkan

Pakailah pakaian yang kemas, sesuai dan wangi.

Menggunakan pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan,

Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, dan ini mestilah dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.

8 Memaafkan kesalahan

Jadilah pemaaf yang lapang dan ikhlas terhadap kekurangan dan kesalahan orang lain kepada kita, kerana ia akan membuatkan kita bahagia dan senang, walau sesiapapun yang pernah melakukan kekhilafan terhadap kita..

9 Memberi Hadiah

Saling memberi dan berkirim hadiah akan menumbuhkan kasih sayang.

Jangan pernah takut miskin dengan memberikan sesuatu, kerana Allah yang Maha Kaya telah menjanjikan ganjaran dan jaminan tidak akan miskin bagi ahli sedekah yang ikhlas.

10 Menolong dengan Sedaya-Upaya

Bersegeralah menolong dengan segala kemampuan, harta, tenaga, waktu atau setidak-tidaknya perhatian yang ikhlas, walau hanya mendengar keluh kesahnya.

Apabila tidak mampu, maka do’akanlah dia, dan percayalah bahawa kebaikan sekecil apa-apa pun akan diperhatikan dan dibalas dengan sempurna oleh Allah.

11 Sumbangankan Ilmu dan Pengalaman

Jangan kedekut untuk mengajarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, kita harus berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada pada diri kita dapat menjadi jalan bagi kejayaan orang lain.

InsyaAllah jika hidup kita penuh manfaat dengan ikhlas maka kebahagiaan akan terasa nikmat, kerana tidak mengharapkan sesuatu dari orang melainkan semata-mata kerana Allah SWT.

Keuntungan kita bukanlah diukur dari apa yang kita dapatkan tetapi dari nilai manfaat yang ada dari kehadiran kita.

Bukankah sebaik-baik diantara manusia adalah orang yang paling banyak manfaatnya bagi hamba-hamba Allah lainnya?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*