RESEPI PUDING OREO MILO “WANNACRY”

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Assalamualaikum dan Salam semua. Lama impikan untuk membuat resepi puding oreo milo lapis ni. Ingatkan sukar, rupa-rupanya mudah je. Kawan2 ramai sudah mencoba. Saya akan berkongsi resipipuding oreo coklat juuga lazat dan mudah puding ni. Izinkan saya untuk berkongsi resipi di sini Ya.

BAHAN – BAHAN

• 10 gram serbuk agar – agar
• 1 tin susu cair (400ml)
• Satu bungkus oreo
• Biskut oreo tadi korang ( patah 2 atau 4 )
• 750ml air
• 150g gula
• 3/4 cawan milo

CARA – CARA MEMBUATNYA

1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Ikut sukatan air.

2. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga larut dengan api sederhana.

3. Masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih.

4. Bila dah sebatikan semua bahan-bahan tadi, pisahkan menjadi 2 bahagian (adunan milo dan adunan putih)

5. Bahagian pertama, kita campurkan dengan milo dan kacau perlahan hingga sebati, jangan ada yang berketul-ketul. Kemudian pisahkan dua bahagian milo, satu bahagian untuk lapisan bawah, satu lagi untuk lapisan atas sekali.
6. Tuangkan perlahan bahagian pertama milo, kemudian tunggu keras sikit.

7. Kemudian tuang perlahan adunan putih pula (yang tiada campuran milo).

8. Sekarang taburkan oreo ikut kretiviti, pastikan tenggelam kebawah dalam adunan putih. lagi banyak lagi bagus.

9. Bila adunan putih dah keras sedikit, tuang bahagian milo yang kedua.

10. Sejukkan kejap dengan suhu bilik, kemudia boleh masuk peti sejuk bahagian bawah,

11. Boleh dimakan setelah puding cukup keras atau lebih kurang dalam setengah jam.

Kredit resepi :
Rahimah Ahmad Akhirudin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*