Saidina Abu Bakar Khutbah Pertama Yang Disampaikannya

Saidina Abu Bakar Khutbah Pertama Yang Disampaikannya

Selamat datang ke laman My Sumber Maya. My Sumber Maya akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Saidina Abu Bakar dikenali sebagai As-Siddiq, iaitu seorang yang sangat jujur dan tulus kerana sentiasa membenarkan kata-kata Baginda SAW.

Beliau merupakan seorang sahabat yang paling dekat dan sentiasa menyokong serta mempercayai Baginda.

Malah, beliau merupakan antara sahabat yang dimuliakan oleh Nabi SAW, iaitu:

“Manusia yang terbaik setelah Rasulullah SAW adalah Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Uthman dan Ali. Kemudian, kita wajib menahan lisan kita daripada mencela seluruh sahabat Baginda SAW. Kita tidak boleh menyebut mereka kecuali dengan sebutan-sebutan yang indah.” (Hadis Riwayat Ibn Hiban, no. 3220)

Beliau merupakan khalifah yang pertama diangkat bagi menggantikan Baginda. Perlantikannya dipersetujui ramai kerana sifat kepimpinan dan ilmunya yang tidak dapat disangkal lagi.

Malah, diceritakan bahawa beliau telah menyampaikan khutbah pertama selepas perlantikannya sebagai khalifah bagi memberi peringatan kepada umat Islam dan bukan Islam.

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah dipilih untuk memimpin kamu semua dan aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu semua. Sekiranya aku berbuat baik maka, bantulah aku dan sekiranya aku melakukan kesilapan, maka perbetulkanlah aku. Kebenaran adalah satu amanah dan dusta itu adalah satu pengkhianatan. Dan orang yang lemah di kalangan kamu semua adalah kuat pada pandanganku sehingga aku berikan hak kepadanya, InsyaAllah. Dan orang yang kuat di kalangan kamu semua adalah lemah pada pandanganku sehingga aku mengambil kembali daripadanya, InsyaAllah. Janganlah ada sesuatu kaum yang meninggalkan jihad, kecuali Allah akan menimpakan kehinaan kepadanya. Dan apabila keburukan sudah memenuhi pada sesuatu kaum, maka Allah akan mendatangkan bala kepada kaum tersebut. Taatlah kepadaku selama mana aku taat kepada Allah dan RasulNya. Tetapi apabila aku melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya, maka tidak wajib kepada kamu semua untuk mentaatiku. Marilah semua mendirikan solat, semoga Allah merahmati kamu semua.”(Sirah Ibn Hisyam, 4/240)

Kesimpulan

Khutbah ini dikatakan disampaikan bagi memberi peringatan kepada semua orang bahawa pemimpin itu diikuti bukan kerana namanya pemimpin, namun ia perlu diikuti kerana taatnya mereka pada Alah dan RasulNya.

Wallahu a’alam

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga My Sumber Maya mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*