Rumput Bertasbih dan Apa Zikir Yang Diujarkan

Rumput Bertasbih dan Apa Zikir Yang Diujarkan

Selamat datang ke laman My Sumber Maya. My Sumber Maya akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Adakah anda pernah ternampak papan tanda atau terdengar peringatan mengenai – “Dilarang Memijak Rumput” Kalau di sekolah-sekolah, guru sering mengingatkannya kepada pelajar dengan tujuan menjaga tumbesaran rumput tersebut.

Apabila ditanya pada ustaz atau ustazah mengenai perihal ini, hikmah yang terbesar di sebaliknya ialah kerana mereka merupakan makhluk Allah yang sedang bertasbih dan berzikir kepadaNya.

Bagaimana mereka bertasbih dan apa zikir yang diujarkan, itu adalah rahsia Allah dan terbatas daripada logik akal manusia sendiri.

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak akan faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar lagi Maha Pengampun.” (Surah Al-Isra’, 17:44)

Para ulama’ berbeza pendapat mengenai makhluk mana yang berzikir kepadaNya. Menurut Ikrimah, malaikat, manusia, jin yang muslim, tumbuhan serta binatang, semuanya bertasbih kepadaNya.

Walau bagaimanapun, Ibnu Abbas berpendapat bahawa hanya makhluk yang hidup sahaja yang bertasbih kepadaNya, iaitu malaikat, manusia dan jin yang muslim.

Walau bagaimanapun, jumhur ulama’ termasuk mazhab Syafi’e berpendapat bahawa semua yang di bumi, laut mahupun udara bertasbih dan berzikir kepadaNya dalam bahasa masing-masing.

“Sesungguhnya Allah, para malaikatNya, penduduk langit dan bumi sehingga semut dalam sarangnya dan ikan di lautan turut mendoakan kebaikan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” (Hadis Riwayat Abdullah bin Umar, 4/222)

Kesimpulan

Bagaimana mereka boleh bertasbih atau tasbih apa yang sering mereka ucapkan, ia adalah kerana besarnya kuasa Allah terhadap sekalian makhlukNya.

Oleh itu, sebagai manusia yang lebih berakal dan sebaik-baik ciptaanNya, maka tiada alasan untuk tidak bertasbih atau meninggalkan zikir.

“Dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semua itu.”

Wallahu a’alam.

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga My Sumber Maya mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*