‘Maaf, badan makcik dah menggigil’ – Keluarga Menantu Belum Hubungi Lagi
MINTA maaf, makcik masih travma,” kata Fatimah Latiff, 61, hari ini.
Wanita itu ialah ibu kepada Norfazera Bidin, 27, dipercayai mangsa bunvh kerrat lapan bersama anak lelakinya berusia 11 tahun di Kampung Ladang, Krubong, yang ditemui 10 Oktober lalu.
Fatimah ketika dihubungi Harian Metro sempat memberitahu dia masih tidak menerima apa-apa panggilan telefon atau kunjungan daripada keluarga menantunya di Singapura berhubung kejadian terjadi anak bongsunya itu.
“Keluarga sebelah Singapura belum ada call (telefon) atau datang. Makcik masih dalam keadaan travma, darrah tingggi pun naik mendadak selain mengidap kansser tahap tiga.
“Maaf ya, kalau ada apa-apa boleh hubungi anak makcik, tapi sekarang dia tiada sebab ke balai polis untuk urusan kes ini. Ini pun tiba-tiba badan makcik menggigiI,” katanya sebelum wartawan memintanya berehat dan mengakhiri perbualan.
Ini adalah kali pertama ibu mangsa berjaya dihubungi pihak media sejak kejadian 10 Oktober lalu kerana masih belum bersedia mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung pembunvhan kejjam itu.
Difahamkan, anak kedua Fatimah, Munirah ketika ini masih belum bersedia ditemui media kerana perlu mengutamakan terhadap usaha menyempurnakan jenzah adiknya termasuk mencari bahagian tangan yang masih hilang.
Harian Metro melaporkan wanita dan anak lelakinya itu dipercayai bunvh di rumahnya sebelum mayyat dicampak di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong.
Mayt mereka ditemui pemot0ng rumput yang sedang bekerja di kawasan itu.
Bahagian kepaIa dua beranak itu ditemui polis di siling rumah m4ngsa di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka, kira-kira 8 malam, 11 Oktober lalu.
Susulan kejadian, polis menahan lelaki warga Singapura yang juga suami mngsa, 12 Oktober lalu, kerana disy4ki terbabit dalam kes pembvnuhan itu.
Sumber : HarianMetro
Leave a Reply