Elak Kucing Kesayangan Kencing Ditempat Sama, Letak Air Botol Berwarna Merah
Masalah kucing yang kencing di dalam rumah memang buat kita marah dan tertekan. Kalau sekali sekala tak mengapa, kalau setiap hari kencing pada tempat yang sama boleh buat kita rasa marah. Lagi pula kalau kencing pada karpet, sofa atau tilam, lagi buat rasa sakit jiwa.
Bukan apa, bau kencing ni lain macam sikit. Lagi kuat baunya kalau kucing jantan. Walaupun dah cuba bermacam cara pembersihan misalnya guna cuka atau serai, kucing kesayangan kita ni masih lagi kencing pada tempat yang sama.
Penggunaan coklat bar yang jadi viral seketika pun sudah dicuba, malangnya masih lagi kencing. Apa masalahnya? Hasil perkongsian Almizan Fahmi dan Mohd Firdaus mengenai penggunaan air botol yang diletakkan air di kawasan yang kencing ini memang menjadi. Hebat!
Ni ha nak kasi satu tips pasal tak bagi kucing kencing atau berak. Dulu masa pindah flat dekat kl ni bau hancing dengan taik kucing bersepah, kita try la buat air kosong dengan pewarna.
Sampai jiran-jiran tegur, ni ada upacara apa ni.. haha tak da lah, ni cara tak mau bagi kucing berak atau kencing dekat dinding luar rumah. Besoknya ramai-ramai buat. So far dah setahun tak ada taik kucing or hancing lagi hehe .. selamat mencuba.
Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengisi air ke dalam botol plastik. Nak lebih hebat, isikan dengan air yang berwarna seperti sirap ros atau apa-apa warna yang ada di rumah.
Kemudian letakkan sahaja pada tempat atau kawasan yang selalu ‘ditanda’ kucing kesayangan kita. Susun rapat-rapat seperti di dalam gambar. Insyaallah menjadi. Jom cuba!
Cuba Empat Cara Ini
Sambil cuba petua buat air dalam botol plastik, anda boleh juga cuba empat cara ini. Makin mantap dan harap-harapnya kucing tak kencing lagi pada kawasan ini.
# Cuka
Cuka ada bahan yang berbau tidak berapa menyenangkan buat kucing. Baunya yang kuat tidak disukai oleh kebanyakkan kucing. Jadi selepas mencuci pada kawasan ini, letakkan sedikit cuka dan biarkan sahaja kering.
# Bahan Peluntur
Selain cuka, bahan peluntur juga kuat baunya. Mop atau letakkan sedikit pada kawasan yang sudah ditanda kucing anda. Jangan banyak, takut kucing menjilatnya.
# Serai
Kucing tidak suka bau serai, jadi anda boleh menggunakan produk yang berasaskan serai atau letak sahaja sebatang serai pada kawasan berkenaan.
# Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur dikawasan kucing kencing. Panas.. kucing memang tak suka.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : myinfomaya
Leave a Reply